Bantuan yang berterusan dari Tuan/Puan kami harapkan kerana kebanyakan pelajar yang mengikuti pengajian di sini merupakan golongan berpendapatan rendah dan tidak mampu menanggung yuran persekolahan. Pihak institut juga dengan penuh tanggungjawab telah mengambil anak-anak yatim dan miskin demi memikul Amanah Agama kerana tidak sanggup melihat mereka terabai dalam pelajaran dan masa depan yang tidak menentu.
Sekali lagi kami bagi pihak pengurusan berterima kasih di atas bantuan yang berterusan dari Tuan/Puan dermawan kerana Allah Ta'ala dan cita-cita bersama untuk melihat generasi celik Al-Quran, Berkemahiran dan berakhlak mulia tercapai. Insyaallah
MEMBINA GENERASI SOLEH LAGI HAFIZ AL-QURAN "BERILMU BERIMAN BERAMAL BERTAQWA"

Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz al-Quran (ABADA)
Lot 2853 Kompleks Balai Islam,
Masjid Omar Zuhdi Parit Panjang
09200 Kupang Baling Kedah Darul Aman.
Tel/Fax : 604-4761744
Email : mudir@tahfizabada.com